Saturday, August 14, 2010

India mahu tutup Google, Skype

2010/08/14
MESEJ teks Apple iPad turut menjadi kebimbangan daripada segi keselamatan.
MESEJ teks Apple iPad turut menjadi kebimbangan daripada segi keselamatan.
New Delhi anggap sistem mesej teks menggunakan kod ancam keselamatan

SINGAPURA: India mungkin menutup perkhidmatan mesej Google dan Skype berpusat di internet berhubung kebimbangan keselamatan, lapor akhbar Financial Times (FT), semalam, ketika New Delhi mengambil tindakan keras sama ke atas pengeluar telefon bimbit BlackBerry.
Akhbar itu memetik minit mesyuarat 12 Julai lalu antara pihak berkuasa keselamatan Kementerian Telekomunikasi dan persatuan pengendali untuk melihat bagaimana mereka dapat meminta dan mengawasi komunikasi berasaskan sistem kod.
“Ada persetujuan besar bahawa perlu ada lebih daripada satu jenis perkhidmatan yang perlu dipantau. Sesetengahnya adalah BlackBerry, Skype, Google dan sebagainya,” menurut minit jabatan.

“Ia diputuskan kali pertama ketika menangani isu BlackBerry dan kemudian perkhidmatan lain.”

Kelmarin, kerajaan India menjadi negara terbaru daripada beberapa negara yang mengugut untuk menamatkan perkhidmatan emel dan mesej berkod BlackBerry kendalian Research in Motion (RIM) jika syarikat Kanada itu tidak menangani kebimbangan daripada segi keselamatan.

India menetapkan 31 Ogos ini sebagai tarikh akhir penyelesaian isu berkenaan kepada RIM. Ia mahu capaian dalam format boleh dibaca komunikasi kod BlackBerry, atas alasan ia mungkin digunakan militan.
Militan berpusat di Pakistan menggunakan telefon bimbit dan satelit dalam serangan Mumbai 2008 yang mengorbankan 166 orang.

Tuntutan India diikuti satu perjanjian dengan Arab Saudi dan satu sumber berkata, RIM bersetuju untuk memberi pihak berkuasa kod pengguna mesej BlackBerry. Emiriah Arab bersatu (UAE), Lubnan dan Algeria turut memohon capaian itu.

Pihak berkuasa berkata, RIM mencadangkan pengesanan emel tanpa berkongsi perincian berkod, namun itu tidak mencukupi.

FT melaporkan, wakil daripada dua persatuan pengendali telekomunikasi yang hadir mengesahkan perincian pertemuan itu awal bulan ini.

“Pada mesyuarat keselamatan terakhir, mereka bercakap mengenai BlackBerry. Mereka juga membuat tuntutan terhadap Skype dan Google,” kata Rajesh Chharia, Presiden Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet India.

Penutupan khidmat akan menjejaskan satu juta pengguna di India daripada sejumlah 41 juta pengguna telefon pintar. India adalah satu daripada pasaran paling pesat berkembang bagi RIM. – Reuters

Sumber capaian dan kredit : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IndiamahututupGoogle_Skype/Article

No comments: