Apa itu DNSChanger?
DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.
Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.
Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.
Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.
Cara untuk mengesan dan membuang DNSChanger
Semak komputer anda di web ni :
http://dnschanger.detect.my/
(disediakan secara percuma untuk rakyat malaysia oleh CyberSecurity Malaysia.)
Download removal tool jika terkena malware kat sini : -
http://dnschanger.detect.my/removal.html
Untuk maklumat lanjut berkenaan malware ini boleh dirujuk
http://dnschanger.detect.my/ - Disediakan oleh CyberSecurity Malaysia
http://www.dcwg.org/ - Organizations participating with the DNS Changer Clean up Operation
Sumber salinan artikel : http://dnschanger.detect.my/about.html
No comments:
Post a Comment